Pengenalan AKRAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Akademi Arab Mikro (AKRAM) merupakan sebuah projek jangka panjang yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembinaan dan Pembangunan, Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR). Akademi ini dijangka akan didirikan di atas tanah seluas 3.0 hektar yang disumbangkan oleh orang ramai di dalam bentuk wakaf kepada pihak jawatankuasa. Pembinaan akademi ini juga adalah bertujuan untuk menampung bilangan kapatisi pelajar yang lebih besar.

            Ia adalah pusat pengajian kedua selepas Arab Mikro Center (AMC) Nilam Puri yang menjalankan perkhidmatan pendidikan khususnya dalam bidang pengajian al-Quran dan Bahasa Arab di samping menjalankan penyelidikan dan penerokaan serta pengembangan Bahasa Arab melalui kaedah-kaedah yang lebih mudah dan berkesan khususnya dalam bidang berkaitan al-Quran, Hadith dan Bahasa Arab yang merupakan bahasa pengantar kepada kedua sumber rujukan umat Islam tersebut.

Cadangan bagi pembinaan AKRAM terdiri daripada;

  1. 2 Blok Bangunan utama 2 tingkat
  2. Pejabat Urusan/Pentadbiran
  3. Asrama Pelajar
  4. Dewan Serbaguna
  5. Musolla
  6. Kantin
  7. Padang
  8. Wakaf ziarah